2 Tip awesome urus duit seperti orang kaya

Gais,

 

Bulan puasa nie, saya menghabiskan banyak masa untuk membaca buku-buku kewangan.

 

Saya seronok bila dapat ilmu-ilmu kewangan yang menjadikan anda insan yang lebih baik.

 

Walaupun saya terrer pasal emas, namun bila datang bab kebijaksanaan kewangan, saya perlukan banyak guru

 

Menurut guru saya, tips urus duit seperti orang kaya ada 2 bahagian.

 

Berapa banyak duit yang anda boleh simpan. Berapa banyak pendapatan anda tidak PENTING.

 

Simpan duit berkait rapat dengan tabiat.

 

Anda tak boleh cakap “sekarang aku tak mampu simpan sebab pendapatan aku kecil. Tunggulah pendapatan aku besar… nanti baru nak simpan”

 

Guru saya cakap, itu tidak akan menjadi. Sebab simpan duit ini adalah tabiat. Jika waktu gaji kecil pun anda gagal menyimpan, nanti bila gaji anda dah besar pun, anda masih gagal menyimpan.

 

Jika menyimpan duit bukan tabiat anda, maka anda susah nak bina kekayaan. Jadi bahagian pertama ini anda perlu selesaikan terlebih dahulu.

 

Guru saya tanya “Bila anda ada income, duit tu pergi mana ya?”

 

So, kesimpulannya orang kaya tetapkan berapa peratus daripada gaji/pendapatan anda nak simpan setiap bulan.

10%?

20%?

30%?

50%?

 

Anda sahaja boleh tentukan. Perlu ingat, ini berkait dapat dengan kewangan peribadi, masa depan anda & keluarga.

 

Jika anda dah berjaya selesaikan part pertama, sekarang tiba part kedua iaitu:

 

Sepandai mana anda laburkan duit anda. Berapa banyak duit yang anda simpan tidak PENTING

 

Labur = money make more money.

 

Kalau anda simpan duit sahaja, setiap tahun inflasi akan mengurangkan nilai simpanan anda. Contoh, jika anda simpan RM100,000 dan inflasi 2% setahun maka kuasa beli duit anda akan tinggal RM98,000 aje pada hujung tahun.

 

Rugi kan?

 

Sebab itu duit KWSP kita dilaburkan oleh pengurusan KWSP. Sebab kalau tak invest, macammana duit kita nak berkembang kan?

 

Justeru, anda perlu melabur di dalam apa jua instrument.

 

Kat sini tipsnya adalah “Anda kena labur dekat tempat yang anda paling banyak ilmu”

Melabur secara membabi buta bukannya menambahkan kekayaan anda, malah boleh melesapkan duit simpanan anda sekelip mata. Ia ibarat berjudi gais, ye gamble.

 

Contohnya, emas, perak, komoditi, saham, property, crypto currency dan banyak lagi.

 

Kalau orang tanya saya. Kat mana bagus invest duit? Saya jawab “Kat mana tuan puan ada ilmu, labur kat situ”

 

Sebab itu, jangan kedekut untuk berbelanja untuk mendapatkan ilmu. Sediakan budget untuk belajar ilmu pelaburan.

 

Jadi, inilah 2 tips uruskan duit seperti orang kaya. Walaupun ia nampak simple, tapi ia sangat mendalam gais.

#NotaGuruEmasAldasir

 

Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *