“Dasir, antara emas dan ASBF-i, mana satu lagi bagus?”
Ini antara soalan yang sering saya terima. Tidak kiralah semasa seminar ataupun melalui WhatsApp.
Ini satu perbandingan yang tidak sepadan.
Emas tidak boleh dibandingkan dengan ASB. Ia perbandingan yang tidak kena pada tempatnya. Tidak adil (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya). Macam anda banding tukul dengan kapak. Walaupun kapak pun boleh juga ketuk paku, tapi fungsi kapak sebenar adalah untuk potong kayu.
-
ASB ada dividen, emas tak ada.
-
ASB aset kertas, emas aset fizikal.
-
Emas nampak jongkong atau dinarnya, ASB hanya ada nombor dan kertas aje.
-
Ketika ASB bagi dividen, emas tak ada dividen.
-
ASB nombornya kekal, emas pula jumlah gramnya kekal, harganya sahaja berubah-ubah.
-
Bila ringgit jatuh, harga emas naik mendadak mengimbangi kejatuhan itu sedangkan ASB walaupun nombornya bertambah tetapi kuasa belinya jatuh bila ringgit jatuh.
Nampak tak? Tidak ada alat kewangan/pelaburan di dunia ini yang sempurna.
Sebab itu jugalah pakar kewangan Azizi Ali sarankan, 10% kekayaan mesti disimpan dalam bentuk emas. Tak pernah ada pakar kewangan sarankan simpan emas 100%. Emas hanya salah satu daripada banyak alat kewangan.
Saya secara peribadi follow nasihat pakar-pakar kewangan iaitu memilih untuk imbangkan portfolio simpanan saya dengan pelbagai alat kewangan selepas sudah membuat kajian terperinci ikut matlamat kewangan masing-masing.
Alaaa, kan orang bijak pandai selalu berpesan;
First, to Learn. Only then you Earn.
——————————————–
Nak pesan sikit, kalau ada penganjur yang menawarkan alat kewangan sempurna yang memiliki ciri-ciri idaman hati, saya boleh gerenti 99.9% ia adalah TIPU ataupun SKIM CEPAT KAYA (baca LINGKUP)
T.I.P.U adalah antara ciri-ciri SKIM CEPAT KAYA yang boleh dilihat berkeliaran dalam senarai Financial Consumer Alert oleh Bank Negara Malaysia.
Baca: Scam Emas
Nak mudah dan berjaya elakkan duit anda daripada hilang, “dirompak” mana-mana skim, simpan aje duit itu. Duit pun selamat, walaupun hakikatnya masih lagi “dirompak” inflasi.
Haaa kan!
Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685| Call: 010-5937999