Ketahui Spread / Selisih Harga sebelum melabur emas

 

Apa itu spread margin?

Spread bermaksud beza antara harga beli emas dan harga jualan balik untuk tempoh waktu yang sama.

 

Spread margin atau ringkasnya spread ini adalah peratusan yang ditolak(daripada harga semasa jualan emas) bila kita nak Jual balik emas yang kita miliki.

 

Spread ataupun selisih harga ini wajib tahu kepada semua pemilik emas yang tak nak rugi.

 

Jadual spread Public Gold.

Contoh: Harga semasa jongkong emas 250gram mutu 999.9 adalah RM51,084. Kalau nak jual dalam waktu yang sama, cuma perlu tolak 6% spread, bersamaan dengan RM48,018.96. Harga ini sebijik sama seperti dalam jadual di website rasmi Public Gold www.publicgold.com.my ✓.

 

Spread= [ (RM51,084 – RM48,019) ÷ RM51,084] × 100%
= 6.004153
= 6%

Sesetengah tempat ia dipanggil “selisih harga”. Saya lebih setuju penggunaan terma selisih harga berbanding susut nilai. Kerana istilah susut nilai ini bagi saya tidak berapa tepat melihatkan nilai kuasa beli emas yang tidak pernah susut.

 

Bukti nyata, zaman Nabi Muhammad s.a.w, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar (berat 4.25 gram). Hari ini, harga 1 dinar sekitar RM1,100, juga cukup untuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun.

dinar 1 kambing.

 

Kalau nak juga gunakan istilah “susut”, saya berpendapat emas boleh ada susut harga dalam jangka pendek. Ingat pesanan Guru Kewangan saya yang sangat famous ini;

 

Harga = Apa yang anda bayar

Nilai = Apa yang anda dapat

 

Bahkan harga emas boleh jadi susut & boleh jadi naik dalam jangka pendek. Inilah antara perkara yang pelabur emas sangat suka. Harga emas susut / turun, pelabur emas beli emas yang besar. Harga emas naik, pelabur emas jual emas dengan mudah.

 

Salah satu perkara yg kita perlu ambil kira sebelum beli emas adalah dengan memilih emas yg mempunyai spread/selisih harga yang rendah.

Lagi rendah spread, lagi baik.

Spread emas berbeza bergantung pada jenis dan berat emas, jika spread barang kemas adalah ±30% manakala goldbar/dinar cuma 6% – 9%. Faktor spread yang rendah ini menyebabkan goldbar/dinar menjadi emas yang lebih sesuai untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

 

Bila kita memilih emas yg mempunyai spread yg rendah, kita berpeluang untuk untung lebih cepat dan lebih tinggi. Emas yang besar mempunyai spread yang lebih rendah dan sangat sesuai untuk dijadikan emas pelaburan.

 

Sebagai contoh kita ada menyimpan 250g emas yg berbeza bentuk fizikalnya. Gunakan formula ini;

Untung Bersih = Kenaikan harga emas – spread emas.

Simpan 10gram x 25 keping = 250g

Kenaikan emas: 15%

Spread emas: 9%

Untung bersih: 6% (✓)

 

Simpan 250gram sekeping = 250g

Kenaikan emas: 15%

Spread emas: 6%

Untung bersih: 9% (✓)

Contoh diatas adalah perkiraan untung untuk emas seberat 250g, tapi untung bersih berbeza jika emas fizikal berbeza. Nak untung yang maksimum mestilah beli emas fizikal yg lebih besar! Tapi semestinya poket kita perlu BESAR.

 

Saya nak kongsi 2 tips bagaimana kita nak mengatasi spread untuk untung dengan emas:

#1 KENAIKAN HARGA

Anda boleh jual emas bila harga yang anda beli dulu melepasi harga harga jualan balik (PG buy).

 

Contoh: Jika harga yg anda beli dulu RM150/g dan harga jualan balik hari ini RM195/g, anda untung RM45 per gram.

Anda cuma perlu tunggu waktu yang sesuai untuk jual sahaja, tempoh waktunya boleh jadi sederhana dan panjang bergantung pada faktor harga emas semasa. Makin banyak gram yang amda simpan, makin banyak untung yang anda boleh dapat. Ok?

 

#2 JUAL SENDIRI

Anda juga boleh jual emas dalam tangan dengan untung yang maksimum dengan jual emas tersebut pada pihak ketiga, anda boleh jual dengan harga semasa (PG sell) tanpa perlu tolak spread.

 

Jika harga yang anda beli dulu RM150/g dan harga jualan balik hari ini RM195/g, anda boleh jual pada pihak ketiga pada harga semasa (PG Sell) iaitu RM210/g. Anda untung sehingga RM60/g, ada extra RM15 per gram!

 

Spread juga adalah margin keuntungan peniaga emas, peniaga boleh beli emas pada harga jualan balik (PG buy) dan jual pada harga semasa (PG sell). Disebabkan faktor ini, perniagaan emas paling mudah untuk buat untung kerana setiap transaksi adalah untung bersih.

 

 

Selain posisi sebagai penyimpan dan pelabur emas, ada lagi satu posisi ia dipanggil posisi hybrid ataupun  Dealer emas

Jadi penyimpan emas dan pemilik bisnes. Anda boleh jadikan simpanan emas anda sebagai modal pusingan jika memerlukan duit tunai segera.

emas
Posisi pemilik emas

Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Master Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *