Penjelasan Sijil Patuh Syariah Public Gold

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara Shariah (short formnya EPP). Boleh kah buat pembelian kaedah EPP4 atau EPP10?

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

 1.Penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein.

2.Penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia).

Orang awam ni maksudnya macam saya, orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Orang awam bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian secara ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh  YBhg Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah.

 

Beliau menjadi sumber rujukan Syariah samada di dalam mahupun di luar negara. Beliau dan Amanie Advisors juga adalah Panel Syariah yang menasihati Bank Negara Malaysia.

 

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih!

 

.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

  1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci (lock) harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil “wa’ad” atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

  2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat ikut jadual kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘ Hamisy Jiddiyyah’.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli selesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan delivery order kepada pembeli.

 

Urusan Jual Beli Emas dan Perak melalui Akaun Peribadi Emas “Gold Accumulation Program”  & Akaun Peribadi Perak  “SilverAccumulation Program” disahkan Patuh Syariah oleh pakar bertauliah.

 

Semoga penjelasan ini membuatkan anda berjual beli dengan Public Gold tanpa was-was.

 

Peace-of-mind. In sha Allah.

 

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685| Call: 010-5937999

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *