Sakit Ternyata Adalah Salah Satu Tanda Vital

SAKIT!!! SAKIT SAYA TAHAP 5 NURSE

Hari ini hari saya belajar tentang #sakit di dalam satu bengkel yang dikenali sebagai “Bengkel Training of Trainer for Pain Free”.

Bengkel ini start pagi, habis petang. Seramai. Sekitar 120 peserta yang hadir. Mereka ni terdiri daripada staff perubatan, staff pergigian, staff pembedahan dan lain-lain jabatan.

Saya sebenarnya agak excited hadir bengkel sebegini sebab dah agak lama tak join. Nak refresh & dapatkan #update terkini supaya boleh diaplikasikan.

Pernah tak terpikir kenapa staff hospital & kesihatan ni duk sibukkan diri hanya kerana nak belajar cara #tackle sakit?

Sebabnya kami sayang kalian semua & mahu kalian mampu tersenyum dari hati , merasa dunia semakin berseri walaupun sedang berada dalam ujian kesakitan.

Betullah tu, saya sebagai salah seorang komiti pengurusan kesakitan di peringkat Hospital, tugasan saya termasuklah merawat sakit yang diukur dengan alat pengukur kesakitan. Ada nombor 0 sehingga nombor 10.

Haaaa, ada tak antara sahabat² yang tahu yang sakit ada tahap dan boleh dizahirkan dalam bentuk nombor?

Inilah pembaris kesakitan. Ia digunakan oleh staff hospital untuk ketahui tahap kesakitan anda sekaligus boleh memberikan rawatan kesakitan yang tepat! Silakan save dalam telefon pintar masing² sebelum ke mana² fasiliti hospital /klinik KKM.

Okeh, ini adalah serba sedikit input yang saya berjaya salin dalam sesi pagi sebentar tadi.

(1) Setiap pesakit yang hadir ke hospital perlu diambil tahap kesakitan

(2) Tahap Kesakitan adalah salah satu daripada 5 tanda vital.

(3) Kesakitan dirawat dengan pelbagai teknik samada dengan ubat²an ataupun bukan ubat²an.

(4) Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai Farmasi, Jurupulih Kerja & Pegawai Fisioterapi adalah antara staff yang bertanggungjawab mengurangkan tahap kesakitan. Ya benar, kita bertindak sebagai satu team.

(5) Tahap Kesakitan yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit & meningkatkan kos kewangan hospital.

Kesannya, proses mengurangkan rasa sakit menjadi semakin mudah & outcome yang lebih baik dirasai pesakit dari aspek tahap kesakitan berjaya dikurangkan & mudah²an menjadi sifar.

Secara peribadi, sekiranya penilaian tahap kesakitan ini tidak diperkenalkan oleh KKM sejak tahun 2008 dulu pun, saya memang akan tanya tahap sakit pesakit secara rawak.

Antara sebab utamanya adalah, saya sedar dengan cara bertanya tahap kesakitan yang dialami pesakit, saya ini dapat membina satu suasana yang positive & membina rapport . Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Kena kenal dulu sakit barulah senang nak kawtim sakit itu😀

Dalam banyak situasi, saya akan jumpa orang yang berlainan. Kenal dahulu pesakit yang datang meminta rawatan, kenalpasti sejarah sakit & tahap kesakitan mereka untuk menjadikan proses merawat InshaAllah lebih mudah.

Kalau boleh nak buat survey sedikit kepada sahabat² pembaca, bila ke mana² hospital , pernah tak staff bertugas tanya

“Berapa nombor tahap kesakitan anda?”

Dr.Aldasir Bin Rudy

19/11/2019 @ 4.35pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *