6 Keuntungan Sebagai Dealer Public Gold

Kalau ada bajet cukup dan alang-alang nak beli emas, terus buat belian yang melayakkan upgrade dealer Public Gold. Sebagai dealer, kita boleh jana keuntungan dalam semua urusniaga & semua keadaan harga emas samada harga naik atau turun.

Pengedar Rasmi = Authorised Dealer

Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas dalam pegangan tangan sendiri pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Handsome casual Public Gold Dealer talking online via headset.

 

Ketika harga emas jatuh, masa itulah ramai orang akan berebut-rebut beli emas. Haa gitu.

 

Sebenarnya, saya dulu beli emas Public Gold cuma untuk simpan sendiri jer. Dah kerja 2 tahun, tapi simpanan masih ZERO, mujur jumpa website Public Gold tahun 2016, terus buat belian emas layak upgrade Dealer. Setiap bulan beli 2-3 gram melalui akaun peribadi emas GAP. Waktu itu harga masih sekitar RM160- Rm170 per gram.

 

Saya officially jadi pengedar rasmi Public Gold pada 29 November 2016.. Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangkakan. Hari artikel ini ditulis adalah tahun ke-4 sebagai Dealer Public Gold yang aktif.

Baiklah, berdasarkan pengalaman saya, ini 6 keuntungan paling utama sebagai dealer emas Public Gold:

1. Insentif Komisyen Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, anda kena buat belian minimum 200gram (harga semasa emas boleh lihat di website rasmi Public Gold ), dalam satu resit belian ( Profoma Invoice).

Kemudian pada belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar komisyen 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat komisyen RM100. Komisyen akan di bank in pada setiap 20hb bulan seterusnya.

 

p/s: Setiap bulan Public Gold ada buat promosi dealership yang lebih rendah. Hanya pada waktu tertentu sahaja. Rujuk introducer anda untuk maklumat lanjut.

Dah la harga emas Public Gold murah sekitar 20% berbanding kedai emas, anda dapat jimat lagi  1%. Tahap komisyen ni boleh meningkat kepada 1.5% dan maksimum 2.0% mengikut tahap dealership masing-masing.

 

Peratus komisyen belian dan jual balik dealer Public Gold

 

2. Insentif Komisyen Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar komisyen 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Komisyen tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

 

3. Komisyen Introduce Pembeli

Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan jenis pelaburan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Kasihan kepada  orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold.

 

Jadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang beli emas cara patuh shariah dan perkenalkan Public Gold. Manfaatkan sepenuhnya teknologi Facebook dan whatsapp tu. Niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

 

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level dealership masing-masing. Setiap kali orang tu beli, setiap kali itulah Public Gold bayar komisyen, hatta kalau kita mati pun, waris kita dapat nikmati pendapatan komisyen tersebut.

Kalau sebulan ada orang beli RM300,000 hasil celoteh kita pasal emas di Facebook, maksudnya Public Gold bayar RM4,500 kepada saya (Status Priority Dealer).

 

Ok lah tu, modal ilmu dan ‘Sharing Air Liur’ jer. Kita cuma guide dan tolong orderkan sahaja. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Nak lagi canggih, kini Public Gold dah start poskan emas direct ke depan pintu rumah.

 

Ikut peredaran zaman, sekarang ni tahun 2020, tahun  beli barang dari rumah. Dengan duit RM4,500 tu, boleh bayar hutang  atau tambah lagi beberapa gram emas sebagai simpanan! Ibarat anda tambah emas simpanan setiap sebulan secara PERCUMA. (“,)

 

Berita paling menarik, komisyen ini akan terus dibayar oleh Public Gold pada setiap 20hb (jika ada pembelian) sehingga bila-bila selagi orang yang kita introduce itu membeli emas Public Gold.

Ia boleh dijadikan sumber passive income yang bagus.

 

4.Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas daripada mereka yang nak Jual emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / selisih harga 6.0% – 9.0%.

Semakin berat emas, semakin kecil spread, semakin bagus.

 

“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan kadar spread dari harga “PG Sell”.

 

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (Authorised Dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada Dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

 

Secara jujurnya, saya selalu berpeluang tambah simpanan emas sekarang ni hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. Seolah-olah saya beli emas tanpa spread! Harga emas naik 10%, maksudnya saya terus untung 10%!

 

5.Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit.

 

Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 6% – 9%!

 

Kalau beli RM10,000, untung RM600 – RM900 tu sekejap sahaja, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?.

 

6.Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian minima RM10,000 sewaktu Promosi dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer.

 

Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.

 

Kalau Dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita.

 

Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Dapat lagi 0.1% – 0.15%.

 

Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer itu mati dulu.

 

Dan berita lebih baik, pendapatan saya dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak saya jika saya meninggal dunia! Itu janji Public Gold.

 

Potensi Bebas Kewangan Dengan Dealership Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving, berdasarkan matematik mudah saya, passive income yang akan kita nikmati tak kurang RM5,000 sebulan! InsyaAllah.

 

Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, semoga dipermudahkan. InsyaAllah!.

 

Sebagai kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas.

 

Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

  • Jimat spread at least 1.3% – 2.3 (rebat).

  • Peluang jual emas sendiri tanpa spread (jual harga PG Sell).

  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 6% – 9% (susut nilai).

  • Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).

  • Untung simpan emas bila harga emas naik.

  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).

  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.

  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

 

Soalan: Dah tu semua untung, takkan tak ada rugi langsung simpan emas ni ?

Lumrah alam tuan, yang diatas pasti ada di bawah. Ada orang untung, pasti ada orang  rugi. Ada orang yang beli emas tapi rugi. Berita baiknya, risiko rugi itu boleh diminimumkan sehinggan 99.9% . Perlu membaca.

Baca: Rugi Beli Emas

Baca: 3 Kelemahan emas

Begitulah.

 

Wallahu a’lam.

 

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist

WA 016-7771685 | Call: 010-5937999

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *