7 Sebab Anda Rugi Beli Emas

1. Beli emas tanpa ilmu

Orang beli emas, Kita sibuk nak beli emas, tapi kita tak tahu apa sebab orang beli emas lalu follow  dengan bertindak kurang bijak iaitu tidak merancang simpanan dengan betul.

Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi kerana harga emas belum naik melepasi spread emas!

Baca: Tujuan Ramai Orang Simpan Emas

Baca: Spread Emas

 

2. Join skim pelaburan emas 

Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan-bulan ,dapat dividen, dapat hibah dan sebagainya. Asal dengar orang cakap “untung ” je terus anda join tanpa ambil tempoh masa bertenang dan sempatkan diri buat kajian mendalam.

Halal haram dah tak peduli,yang penting “masyuuk”. Akhirnya masuk maybe banyak, keluar pun banyak sebab rezeki tak berkat.

Baca: Elakkan Diri Terjerat Scam Emas

Baca: Public Gold Patuh Syariah

 

3. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.

Emas bukan barang kawalan, harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa. Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga. Jadi,pilihla harga yang murah dan spread margin yang rendah. Ada juga syarikat harga emas murah tapi spread tinggi ya ampun. Lebih dari 30% spread.

Baca: Tiga Cara Beli Emas Public Gold

 

4. Tak tanya berapa spread emas

Lupa tanya, kalau jual semula ke sana berapa peratus harga akan tolak?

Baca: Spread Emas Public Gold 

 

 

5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas

Menjual emas tanpa sebab yang kukuh. Saya selalu ajar client saya, asas utama sebab nak jual emas adalah bila nak pakai duit DAN duit tunai dah habis. Contoh:

*Jika nak mula berbisnes (perlu modal)

*Beli rumah (deposit @ tunai)

*Beli tanah

*Terdesak (pilihan selain jual terus, anda boleh gadai di Ar-Rahnu jika mampu tebus)

 

6. Terlibat dengan Ar Rahnu tanpa sebab munasabah

Ar rahnu adalah tempat cagar emas fizikal dalam bentuk jongkong atau barang kemas. Ia adalah hutang. Bukan tempat buat untung.

Gunakanlah kemudahan pinjaman tunai bercagarkan emas ini untuk keperluan mendesak sahaja dan modal bisnes, bukan untuk perkara di atas.

Tujuan Ar-rahnu ditubuhkan untuk memudahkan golongan peniaga / individu mendapat pinjaman tunai dalam tempoh 24 jam, tanpa perlu melalui proses birokrasi ‘personal loan’ yang ambik masa lebih lama kekadang sampai sebulan.

Tujuan lain Ar-Rahnu:

*Kegunaan untuk kecemasan.

*Elak guna kad kredit

*Modal niaga / rolling

*Cover kos operasi projek

*Bayar kos operasi syarikat.

Tip: Perlu di ingat, Ar-Rahnu adalah tempat pinjaman, tidak sesuai jadikan  tempat jual emas atau mengaut untung.

 

7. Beli tanpa guidance atau introducer betul

Pastikan introducer anda seorang yang komited. Dapat menjawab apa-apa persoalan dikemukakan dan bukan jenis touch n go. Lepas bantu daftarkan belian kita, terus senyap bertahun tanpa update tentang emas atau promosi terkini.

Baca: Ciri-ciri Pembimbing Simpanan /Pelaburan Emas Idaman

 

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist

WA 016-7771685 | Call: 010-5937999

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *