Cara berkesan urus duit gaji supaya boleh melabur

 

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

 

“Tuan, bagaimana saya nak urus gaji tiap bulan supaya boleh melabur (emas) macam tuan?”

 

Ini adalah soalan sebenar yang saya terima sejak setahun kebelakangan.

 

Jawapan ringkas, kena pandai kira-kira.

 

Apa jenis kira-kira yang perlu saya tahu?

 

Menurut Tuan Zaidi Ismail, seorang jurutera forensik kewangan . Setiap dari kita perlu tahu 3 asas kewangan peribadi  ini sebelum nak masuk melabur. Kalau gagal faham 3 asas ini, anda sebenarnya berisiko tinggi terdedah kepada musibah kewangan peribadi.

(1) Tahu kira pendapatan (2) Tahu kira Kos Sara Hidup dan (3) Tahu kira Komitmen anda.

Lepas dah faham 3 asas ini, barulah boleh mula berfikir soal simpanan kecemasan dan simpanan untuk pelaburan .

 

Asas #1 :Kira pendapatan

Tidak kisah sama ada kita makan gaji atau kerja sendiri, kalau jumlah pendapatan kita masih belum mampu tampung kos sara hidup dan kos komitmen, jangan melabur tetapi tambahlah pendapatan. Cari part-time, jual barang orang, jadi dropship, jual sarapan pagi di tempat kerja dan jadi dealer emas. Contohnya, majikan anda bayar gaji 8am hingga 6pm setiap hari. 6.01pm hingga 7.59am waktu anda jana side-income.

Tiada batasan untuk berapa jumlah pendapatan yang anda inginkan, perkara sanggup atau tidak sahaja. Boleh jadi infiniti atau boleh jadi ZERO kalau tidak ada kerja dan tiada pendapatan pasif. (Unlimited).

 

Asas #2 : Kira kos sara hidup

Kos yang anda belanjakan untuk hidup. Bermaksud, kalau tak beli barang tu, anda tidak akan hidup ataupun terpaksa hidup dengan merempat atau rasa macam nak mati.

Contoh: belanja makanan/dapur, belanja cuci pakaian, belanja bil air api Dan sewa rumah. Setiap perbelanjaan harian/bulanan untuk sara hidup perlu dicatit dan dapatkan jumlahnya. Kos yang perlu ada. Tidak boleh dihilangkan atau jadi ZERO.

 

Asas #3 : Kira jumlah komitmen

Pembiayaan (hutang) yang anda setuju / janji nak bayar bulan-bulan sampai habis. Asas ini juga termasuklah perkara yang wajib anda tunaikan sebagai seorang lelaki yang taat perintah Tuhan.

Contoh: Pembiayaan rumah, pembiayaan peribadi, nafkah isteri(isteri2), Takaful nyawa, bil internet, upah -upah berkenaan dan komited amalkan sedekah

Kos yang boleh dilupuskan. Komitmen anda boleh jadi ZERO.

 

Selepas pandai kira-kira, next kena saving dulu atau belanja?

Sebaik sahaja dapat gaji, tutup mata terus alihkan sebahagian tunai (X) masuk dana simpanan kecemasan dan dana pelaburan anda. Selebihnya baru settlekan kos sara hidup + komitmen anda.

_____________

Berbalik soalan kedua  tentang melabur. Tidak kiralah nak melabur dalam apa-apa pun alat kewangan yang wujud.

Realitinya, tidak semua orang di dunia ini sesuai melabur sebab situasi kewangan  setiap orang tidak sama antara satu dengan yang lain. Jadi kenalpasti situasi kewangan masing-masing dahulu seperti pencerahan yang saya gariskan diatas, sebelum melabur. Dalam pelaburan, rugi adalah pasti jika masuk tanpa persediaan yang cukup.

 

Berapa banyak RM yang saya boleh labur?

Jawapan: Anda boleh melabur sebanyak mungkin yang anda mahu asalkan faham kira-kira asas dan berjaya tipiskan setiap risiko yang terlibat dengan cara memahami 7 checklist sebelum melabur. 

 

Melabur gunakan duit eXtra , ini formulanya

Dana melabur (X) = A – B – C

Contoh checklist Cara Urus Pendapatan ini saya catit dalam aplikasi “notes” dalam smartphone. Yang done, boleh tick sebagai tanda beres.

Selepas kajian dan bacaan yang mendalam tentang cara urus risiko pelaburan. Saya dapat ringkaskan ia kepada tujuh (7) checklist sebelum melabur yang anda harus buat sebelum terjun kedalam mana-mana pelaburan termasuklah pelaburan emas.

 

#Checklist 1

Belajar ilmu dan pengetahuan asas tentang pelaburan melalui buku-buku, bertanya kepada guru pelaburan yang terbukti sukses.

Menurut Azizi Ali, jika anda nak faham sesuatu subjek, baca 10 buku tentang subjek tersebut berulang kali.

 

#Checklist 2

Aliran kewangan mesti positif dan lancar macam sungai-sungai di syurga. Gunakan positif cashflow untuk melabur dalam asset fizikal seperti tanah, hartanah dan emas.

Kenalpasti aliran tunai anda dengan 3 asas kewangan diatas.

 

#Checklist 3

Sediakan dana kecemasan 3 bulan gaji ( kerja gomen) hingga 6 bulan (kerja sendiri/swasta).

Target pertama simpanan anda adalah simpanan kecemasan.

 

#Checklist 4

Gunakan duit extra selepas tolak komitmen dan kos sara hidup. Jangan berhutang untuk melabur, kecuali pelaburan hartanah yang memberi pulangan/ cashflow yang baik.

 

#Checklist 5

Target jangkamasa Panjang (5 tahun dan keatas). Pelabur bijak sentiasa fikir jana duit daripada aset untuk jangka panjang. Saya nak share satu tip power untuk penyimpan dan pelabur emas. Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah. Nama tip ini adalah “Pendekatan memandang ke hadapan” atau dalam English dipanggil ” Forward Looking Approach

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan

Atau 10 tahun kehadapan! Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

 

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas. Contoh sebenar:

a)Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

b)Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan dua.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.
Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk…
Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai tip power ini.

 

#Checklist 6

Adakan pelan keluar (Exit-Plan). Bersedia untuk rugi, pelbagaikan instrumen pelaburan anda pastikan lebih banyak pelaburan yang  untung banding yang rugi. (contoh: ASB, hartanah, emas, melabur dalam bisnes).

 

#Checklist 7

Boleh tidur lena selepas mulakan tindakan melabur sebab anda sudah buat homework . Kalau anda rasa susah nak tidur sekiranya anda letak duit dalam alat pelaburan tersebut, ambil tempoh masa bertenang dan kaji semula. Jangan percaya cakap orang ataupun apa yang anda baca, anda kena explore dan kenalpasti potensi kewangan anda.

pelaburan yang melibatkan pulangan yang too good to be true, angkat kaki dan lari jauh-jauh.

 

Secara peribadi, kesemua checklist diatas perlu bertanda “tick”, barulah saya akan terjun kedalam pelaburan tersebut dengan bahagia.

Berkenaan pelaburan emas, kalau anda sudah biasa beli emas dan serius nak bina solid income melalui dealership emas,  anda sangat dialu-alukan sertai team pelaburan emas Aldasir Rudy Group. Bimbingan adalah percuma dan automatik dapat gold-assist-24/7 secara terus daripada saya.

 

Selain itu, anda juga kena faham posisi anda dalam pemilikan emas, sama ada anda sedang simpan atau labur emas, barulah anda boleh jadi pelabur yang tenang (peace-of-mind)

 

Sebenarnya, ramai yang yang nakkan income melalui emas, tapi tidak kurang juga yang terpesong dan masuk kedalam skim cepat lingkup bertopengkan emas. Belajar dan teruskan belajar hinggakan risiko anda menjadi tipis senipis kulit bawang. Begitulah.

 

Pesan guru emas saya, bukan emas yang jadikan anda kaya tetapi ilmu dan pengetahuan yang anda ada tentang emas.

 

Emas hanya sekadar alat sahaja, pelabur yang bijak adalah pelabur yang melabur dalam diri sendiri (ilmu).

 

Bila tak ada duit, jangan sibuk nak melabur sana sini. Tapi sibukkan dulu mencari ilmu.

Bila ada ilmu, duit akan datang.

Kalau tak ada ilmu, duit yang ada pun akan ‘terbang’ lari meninggalkan pemiliknya. Tanpa ilmu, poket hanya tempat transit (singgah) sahaja.

Kisah sedih gaji

Dari bank duit itu datang, kepada bank jugalah duit itu akan kembali. Lagi banyak ilmu tentang kewangan, lagi banyaklah duit yang akan masuk ke dalam poket kita.

 

Selepas dah mula belajar ilmu kewangan peribadi ini, anda  kena terus bertindak walaupun dengan modal paling kecil. Nanti akan nampak hasilnya.

Buat dahulu resultnya kemudian. InsyaAllah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *