Zakat emas mendekatkan diri kepada Tuhan

“Aku taknak beli emas sebab nanti kena zakat.”

Tersembur air kopi o ais pagi tadi. Mujur saya tanya semula, apa yang dia tahu tentang syarat wajib zakat emas.

 

“Eh, ada syarat wajib ke. Ingatkan asal beli emas mesti bayar zakat.”

 

Owh bukan gitu bang. Ada dua syarat wajib zakat emas simpanan. Mesti ‘comply’ dua-dua.

 

Pertama, 85 gram dan ke atas. Kalau abang baru mula nak simpan 1 gram sebulan. Memang lama lagi nak bayar zakat. Selepas 9 tahun simpan, baru wajib bayar zakat emas.

Itupun kalau abang konsisten.

 

Kedua, cukup haul 12 bulan. Kalau beli 100 gram emas hari ini. Selepas genap dua belas bulan baru abang zakat. Tak banyak. Cuma 2.5% dari nilai semasa harga emas dunia (raw gold price).

“Share sepotong kek kepada yang memerlukan”

 

Duit zakat emas tu nanti Baitulmal salurkan kepada 8 golongan asnaf seperti dibawah.

 

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

 

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

 

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

 

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu:.

 

a) Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.

b) Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

 

5. Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

 

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

 

7. Fisabilillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

 

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

 

Mana nak cari, sambil kita menyimpan – siap buat amal kebaikan lagi. Ladang dunia dapat, ladang akhirat ikut sekali.

Okay bang, nak tahu lebih lanjut tentang simpanan emas patuh shariah. Boleh subscribe Telegram Channel ni, klik je gambar bawah ini.

 

Penerangan:

Syarat wajib zakat emas simpanan yakni emas yang tidak dipakai (contoh: jongkong dan dinar emas) ada dua iaitu:

1. Cukup nisab 85 gram ke atas.

2. Cukup haul setahun.

 

Selagi mana tak menepati dua syarat ini, maka tak dikenakan zakat emas.

* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.

Contoh emas simpanan (bukan pakai) yang cukup nisab . LEBIH 85GRAM.

 

Contoh 1:

Fattah beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram.

 

Contoh 2:

Amin beli 100 gram emas Januari 2020. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan Oktober 2020. Kena zakat tak?

Jawapan: Tak, kerana emas disimpan kurang dari setahun.

 

Contoh 3:

Ali beli 1000 gram emas. Cukup setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Wajib berzakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Ali pergi ke Pusat Zakat Sabah secara online Maybank2u dan bayar 2.5% dari harga semasa  1000 gram emas melalui telefon pintar yang ada Internet.

Tak perlu bawa emas ke Pusat Zakat pun , cuma perlu jujur pada diri dengan tahap integriti yang tertinggi berapa kilo emas dalam simpanan.

Nanti masuk kan angka berapa gram dan semak harga , calculator zakat akan kira Zakat anda ikut nilaian betul.

 

Koleksi Soalan BONUS (1):

Macam mana nak buat kiraan zakat emas yang saya ada ?

Jawapan: Ikut negeri asal anda. Bagi yang datang dari luar negara sila hubungi pusat zakat negara asal anda.

1. Selangor : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/

2. Wilayah Persekutuan : https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/emas

3. Negeri Sembilan : https://www.mains.gov.my/v5/web/emas1.php

4. Perak : https://www.maiamp.gov.my/kalkulatorzakat/#

5. Pahang : http://www.zakatpahang.my/index.php/kira-zakat/kalkulator-zakat-emas-dan-perak

6. Melaka : https://pay2.izakat.com/kalkulator

7. Johor : https://www.maij.gov.my/zakat-pengenalan/zakat-emas-dan-perak

8. Kelantan : https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/e-perkhidmatan-kami/kalkulator-zakat-emas

9. Terengganu : http://218.208.50.172/maxc2020/baitulmgmt/gen.zakatEmas.php

10. Pulau Pinang : https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/jenis-zakat/zakat-emas-perak

11. Kedah : https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/tabkirazakat.php?op=1 > klik Zakat Emas

12. Perlis : https://www.maips.gov.my/kalkulatorzakatemas.html

13. Sabah : https://appszakat.sabah.gov.my/kalkulatorEmas.php

14. Sarawakhttp://kalkulator.tbs.org.my/emas

 

Koleksi Soalan BONUS (2):

Macam mana cara tuan tunai Zakat Emas?

Jawapan: Pertama sekali. Ingat tarikh simpanan emas capai 85gram. Kemudian tarikh yang sama tahun berikutnya bayar melalui App Maybank2u  ataupun App CimbClicks.

Contoh: 01.01.2020,  jumlah emas fizikal dalam simpanan peribadi dan akaun GAP adalah 83 gram. Tarikh yang sama, saya topup beli  emas 5 gram melalui akaun emas GAP, so jumlah emas dalam pemilikan saya adalah 88 gram.

a)Tarikh simpanan capai 85 gram = 01.01.2021

b)Tarikh tunai zakat emas keseluruhan= 01.01.2022. (emas dalam simpanan mestilah bersamaan 85gram atau lebih pada tarikh ini)

Kali pertama sebelum mula tunaikan zakat, saya pergi ke Pusat Zakat Sabah (MUIS) terdekat dan daftar maklumat Nama, Nombor IC , alamat postage dan nombor telefon saya , untuk terima statement rasmi  zakat emas kelak.

Ini cara paling mudah. Tidak perlu keluar rumah harungi kesesakan lalulintas.

 

Antara Pusat Zakat yang berkaitan dengan Maybank2u

 

Koleksi Soalan BONUS (3):

Itu kalau emas yang disimpan( tidak dipakai sekalipun dalam tempoh setahun), bagaimana kiraan gram nisab emas perhiasan?

Ikut negeri masing-masing, ini adalah maklumat nilai uruf untuk  sehingga 13/10/2018. Untuk negeri Sarawak, terbaru adalah lebihan 90 gram. SILA RUJUK PUSAT ZAKAT NEGERI MASING-MASING untuk nilai uruf terkini.

Nisab zakat emas yang terkini di Sarawak

“Tidak pernah lagi dengar berita TV3 atau baca di Facebook Twider orang yang sering membayar zakat jatuh miskin.”

Itu sahaja sharing kali ini. Yang baik dan benar itu ambil sebagai panduan, kalau ada tersilap mana-mana fakta boleh tegur saya secara peribadi di WhatsApp 016 777 1685. InshaAllah.

 

Untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.

Wallahu’alam.

Aldasir Rudy
Master Dealer kesayangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *