Gadai emas secara Online Arrahnu GAP Public Gold

Antara kelebihan akaun simpanan emas Public Gold yang ramai tak tahu adalah,

Boleh gadai arrahnu emas secara online

Tiada masuk CCRIS

Upah simpan cuma 1%

Paling menarik, hanya akaun emas Public Gold sahaja di Malaysia yang sediakan  kemudahan Ar-Rahnu secara atas talian. Best tau!

Haa, saya dah cuba sendiri. Memang mudah gais, semua online. Tak ganggu jadual harian anda yang padat.

 

1. Request secara Online 

Anda sendiri tentukan berapa gram nak gadai.

Cara mudah nak kira jumlah pinjaman tunai bercagar emas GAP yang anda akan dapat:

Harga semasa GAP X 70%

Kalau nak arrahnu gadai 1gram:

RM264 × 70% = RM185.

Kalau nak arrahnu gadai 100gram:

RM26,400 ×70% = RM18,500.

 

Contoh (Rujuk gambar seterusnya)

✅Request Arrahnu GAP 1gram pada 11/01/2021

 

Step 1: Logon ke Public Gold , Klik MY GAP- Contoh dibawah ini  saya guna App GSAP

 

Klik pada tiga garis di bahagian atas kiri app.

 

Step 2: Klik Transfer

 

Step 3: Masukkan berapa gram anda nak gadai arrahnu, kemudian klik C-Wallet

Step 4: Klik AR RAHNU

 

Step 5: Klik PLACE ORDER

Step 6: Maklumkan kepada Admin staff Public Gold terdekat (Call/Whatsapp)  untuk tindakan ataupun cara TERKINI, gunakan Help Tickets

Selesai proses permohonan arrahnu.

 

2. Duit pinjaman tunai bercagar emas GAP akan masuk akaun bank anda secara online dalam tempoh 2-3 hari bekerja selepas staff cawangan public gold dimaklumkan (rujuk Step 6 diatas)

 

 

3. Bayar balik pinjaman  dan tebus balik emas masuk GAP pun secara online.

Caranya cuma buat bayaran jumlah pinjaman + upah simpan  terus ke akaun semasa KDE (Koperasi Dagang Emas).

Jumlah bayaran balik: Rujuk staff Admin yang anda berurusan sebelum ini.

 

Staff akan maklumkan berapa jumlah upah simpan + pinjaman perlu dibayar.

 

Happy! Done TEBUS BALIK emas GAP

 

Soalan Popular Arrahnu GAP

1.Kalau bayar habis sebelum cukup sebulan. Berapa kadar upah simpan?

Kadar upah simpan adalah bulanan, sekiranya habis awal kadar upah tetap 1 bulan.

Contoh: Kadar upah simpan = RM30.
Sekiranya bayar habis pinjaman + upah simpan dalam masa 1 minggu. Upah simpan tetap adalah RM30

 

2.Berapa lama tempoh maksimum pinjaman Arrahnu GAP?

Tempoh maksimum adalah 8 bulan sahaja. (6+2)

 

3. Boleh bayar secara ansuran pinjaman Arrahnu GAP?

Buat masa ini, belum boleh. Sila maklumkan kepada Admin staff Public Gold yang bantu anda untuk sebarang bantuan cara bayaran balik.

 

Untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.

 

Disediakan oleh,

Aldasir Rudy M.D.

(Kod Introducer : PG00084469)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *