Ternyata tahun 2020 adalah Tahun Untuk Emas

Assalamu’alaikum & salam sejahtera.

Kalau anda masih ingat, harga emas pada tahun 2000 hanya RM30/g sahaja, 2008 menjadi RM80/g, tahun 2016 menjadi RM150/g, tahun 2018 RM180/g dan awal tahun 2020 menjadi RM220/g. 

Waktu bermula pandemik di penghujung bulan Februari 2020 harga emas , naik hampir setiap bulan. Ada turun naik beberapa minggu kemudian naik tak ingat nak turun-turun. Berita baiknya, bermula awal November harga emas mula nampak penurunan.

Daripada awal Januari sehingga Ogos tahun ini, berlaku trend kenaikan harga emas sebanyak 37 peratus dan pernah melebihi RM300 segram, namun harga itu jatuh semula dan terkini, RM265 segram.

 

Apabila ditanyakan kepada Pakar Pelaburan Emas En. Syukor Hashim tentang sebab kenaikan harga ni, ini jawab beliau:

“Punca harga emas naik itu disebabkan ancaman Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia dan orang ramai tidak berani berbelanja yang secara tidak langsung menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.

 

“Namun, apabila berita vaksin Covid-19 dijumpai tersebar, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman COVID-19 dengan pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih. Justeru, dalam situasi ini emas dilihat hilang tarikan sebagai aset selamat,”. Link artikel asal disini.

 

Bukan hanya seorang pakar yang bercerita tentang kelebihan simpanan & pelaburan emas tahu!

Beliau yang juga seorang Authorised Dealer Public Gold sangat suka emas pelaburan oleh syarikat Public Gold.

 

Malahan beliau yang sudah lebih 20 tahun rekemen Pelaburan ASB (kini masih lagi rekemen ASB sebagai pelaburan pertama) kini setuju yang emas lebih baik daripada ASB! Fuh.

 

Tidak ketinggalan sahabat saya Dr. Azizul Azli juga kini aktif membimbing anak muda akan pentingnya simpanan emas, tapi jangan beli emas sampai lemas💙.

 

Bagi yang baru nak mula berkecimpung dalam simpanan/pelaburan emas, lekas baca sepuluh (10) tips ini;

 

1. Cari ilmu tentang emas, jangan beli emas sebab semua orang beli emas. Nanti anda bakal lemas. Percayalah. Contoh carian ilmu emas yang saya rekemen adalah website www.goldprice.org dan semestinya www.aldasir.com

2. Sebaiknya jangan beli yang 1 gram sahaja. Lepas tu, dah tidak tambah² lagi. Ada duit kumpul beli 10gram dan keatas atau belajar beli 1 dinar sebagai permulaan. Sekarang dah mudah nak beli emas, boleh lock harga semasa emas dan bayar sehingga 10 bulan untuk item 10 gram. Ia umpama anda beli 1 gram sebulan. Dah namanya pun Easy Payment Purchase, ia memang mudah dan ada sijil Patuh Syariah.

 

3. Emas pelaburan lebih baik tentunya emas 999.9 berbanding emas 916. Elakkan beli emas yang bercampur dengan emas putih. Nanti susah nak pajak gadai bila gawat kelak. Kena bijak beli emas, kenalpasti matlamat anda, nak jadikan simpanan, nak melabur atau nak pakai sebagai self reward.

 

4. Spread emas jongkong atau bar hanya sekitar 6%-9% berbanding emas gelang hiasan anak mami jarum. Spread barang kemas sangat besar antara 20%-30% banyaknya. Ada kedai emas yang ambil 40%!!! Hati-hati. Tanya spread dahulu.

 

5. Emas tidak sama macam saham, beli waktu rendah dan jual waktu tinggi. Emas kita beli konsisten untuk penuhi matlamat kewangan kita. Kalau nak jugak buy low sell high, beli jongkong 250gram selepas dah upgrade Priority Dealer. 

“Saya himpun emas nie nak beli tanah kebun 5 ekar. Dah cukup, jual beli kebun”

“Saya himpun emas ini untuk kahwin”. Dah cukup nilai hantaran . Maka kahwinlah

“Saya simpan emas nie sebab duit biasa selalu bocor”. Maka simpanlah emas sampai berjaya capai target simpanan.

 

6. Menyimpan emas ini adalah ketagihan luar biasa, jika anda bermula menyimpan. Anda akan semakin sayang dan akan kekal menyimpan.

 

7. Emas adalah aset fizikal mudah alih yang kalis inflasi, ketika terjadinya inflasi harga emas juga akan meningkat.

 

8. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana (3-5 tahun) & panjang (lebih 5 tahun). Jika tetiba harga turun kita tetap belum rugi sekali kita belum jual. Dan semestinya ada cara nak rendahkan lagi harga masa anda beli tinggi dahulu. Maka simpanlah emas dengan konsisten.

 

9. Winning fomula dalam mana² pelaburan adalah cari ilmu asasnya dahulu.

 

10. Kalau nak tahu loser formula dalam pelaburan, jangan baca buku, jangan kira kos sara hidup anda & jangan kira komitmen anda.

 

Bacaan lanjut

1: Checklist Wajib Sebelum Beli Emas 

2: Saya Beli Untuk Simpan Atau Labur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *