Tiga cara mudah beli emas di Public Gold

Kebiasaannya saya akan tanya klien emas, berapa bajet yang mereka sedia untuk beri komitmen  belian pertama emas. Kalau bajet sekitar RM299 memang saya akan sarankan untuk beli 1 dinar emas sebagai benchmark pertama.

Info: 1 Dinar emas beratnya 4.25 gram dan berketulenan 999.9.

 

1 dinar kegemaran rakyat Malaysia

Baik, ada 3 cara belian emas Public Gold iaitu:

  1. Outright Purchase@Belian tunai : Kunci harga & bayar full payment dan collect emas.
  2. Shariah EPP6 atau Belian Bayaran Mudah: Kunci harga, bayar 6 kali dalam 6 bulan, dah habis collect emas.
  3. GAP atau Akaun simpanan emas: Mulakan serendah RM100 & kumpul sampai capai matlamat.

____________

1. Outright Purchase – Kunci, bayar full payment dan collect emas / GIT Shipment

  • Rujuk harga PG SELL di website Public Gold dan tambah Gold Premium dibawah:
Harga semasa 04/06/2020
Kos Premium Gold & Silver

 

Jadi kiraan harga kalau beli tunai:

PG SELL + GOLD PREMIUM

 

Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada WhatsApp saya di 016 777 1685

  1. Nama penuh :  Aldasir Bin Rudy
  2. No Kad Pengenalan: 8xxxxx-xx-xxxx
  3. Emel yang berfungsi: admin@aldasir.com (Contoh)
  4. No Telefon: 016 777 xxxx
  5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping
  6. Payment: Tunai
  7. Collect emas di Branch: Cawangan Bangi
  • Profoma Invoice akan dihantar terus  ke email anda.
  • Snapshot gambar resit atau simpan pdf (saya sarankan anda guna online banking untuk elak masalah resit hilang atau ink pudar kalau guna Cash Deposit Machine.)
  • Bawa resit original ke Cawangan Public Gold untuk ambil emas. Selesai! (Yang jauh, boleh pos berinsurans penuh terus sampai ke RUMAH)

 

#Soalan: Apa berlaku jika sudah lock emas dan tidak bayar emas Yang dah lock?

Anda perlu buat bayaran selewatnya dalam tempoh 7 hari selepas lock emas. Sekiranya lewat atas sebarang masalah maklumkan kepada staff / helpdesk.

 

Kalau tak bayar, akaun anda akan freeze & perlu lunaskan unfreeze charge iaitu 10% daripada jumlah harga emas untuk aktifkan semula akaun Public Gold anda.

 

2. Shariah EPP6 : Kunci, bayar ikut jadual & collect/postage GIT

  • Rujuk harga PG SELL di website Public Gold dan tambah Gold Premium dibawah:
Harga semasa 04/06/2020

Kos EPP premium

 

Jadi kiraan harga kalau beli secara EPP:

PG SELL + GOLD PREMIUM + EPP PREMIUM

Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada WhatsApp saya di 016 777 1685

  1. Nama penuh :  Aldasir Bin Rudy
  2. No Kad Pengenalan: 8xxxxx-xx-xxxx
  3. Emel yang berfungsi: admin@aldasir.com (contoh)
  4. No Telefon: 016 777 xxxx
  5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping
  6. Payment: EPP4
  7. Collect emas di Branch: Cawangan Kota Bharu
  • Public Gold akan emailkan invoice untuk anda buat pembayaran pertama.
  • Pembayaran bulan pertama lebih sedikit sebab tambah Caj Premium dan EPP Premium.

Contoh Jadual Syariah EPP:

EPP4 untuk 1 Dinar Emas

Contoh jadual EPP10 untuk 10 gram BungaMas

Harga yang anda bakal lock adalah ikut harga semasa (real-time) semasa invoice dibuka
10 gram BungaMas Public Gold
  • Bayar pakai FPX aje, mudah, pantas dan tiada extra caj RM1 macam dulu (saya sarankan anda guna online banking untuk elak masalah resit hilang atau ink pudar kalau guna Cash Deposit Machine.)
  • Bayaran seterusnya pada tarikh sama pada bulan berikutnya. (rujuk jadual atas)
  • Selesai bayaran ikut jadual, ataupun bayar habis awal, anda terus set appointment dengan staff + website untuk collect emas anda. Nak pos terus ke rumah pun boleh, fully insured tahu!
  • Nota: Walaupun harga emas naik selepas anda (place order)kunci harga, invoice anda tidak akan berubah. Masih tetap pada harga di lock.
Bermula bulan ini, semua item emas berharga RM7,800 DAN keatas sahaja LAYAK buat belian secara Syariah EPP10. Walaupun begitu, EPP10 untuk 1 dinar (4.25gram) masih ada potensi dibuka semasa Promosi FB Live.

 

 

#Soalan: Apa berlaku jika tidak dapat bayar EPP?

Kalau tidak bayar 1 bulan EPP sebab terlupa, anda boleh teruskan bayar 2 bulan sekaligus pada bulan seterusnya.

Kalau memang tiada cash untuk bayar bulanan EPP,  akaun PG anda akan dibekukan sehingga caj Admin 10%  daripada jumlah belian selesai dibayar.

Contoh:Caj Admin 10% bagi emas berharga RM3,000 ×10% = RM300

Kalau sudah buat deposit bulanan EPP sebelum ini,anda boleh request PG potong daripada jumlah bayaran yang sudah dibayar. Selebihnya, PG akan refund. *T&C

Tips:

1. Gunakan kemudahan Syariah EPP, perlu ready ada cash dalam tangan pada tarikh-tarikh pembayaran bulanan. Ataupun ready dalam tangan emas 999.9 beratnya 50% dan keatas daripada emas item EPP yang dibeli.

Contoh EPP item 10gram, pastikan ada 5gram emas fizikal dalam tangan. Boleh jual ataupun gadaikan just in case cash sedang sesak .

2. Cara lain , buat belian emas paling kecil seperti 1dinar secara EPP10 (sekiranya Ada offer FB live) .

3. Untuk bajet RM100 sebulan, memadai beli emas dengan kemudahan akaun emas GAP.

3. Akaun emas GAP

  • Pertama sekali, kalau nak redeem emas fizikal 1 Dinar (4.25 gram) melalui akaun GAP, anda mesti tinggalkan baki 1 gram.
  • Maksudnya kalau berhasrat nak keluarkan sekeping 1 dinar (4.25 gram), anda mesti ada 5.25 gram dalam akaun.
  • Kalau berhasrat nak keluarkan sekeping ½ dinar (2.215 gram), anda mesti ada 3.215 gram dalam akaun.
  • Berapa banyak gram nak dibeli sama ada setiap bulan/minggu/tiap hari terpulang kepada kemampuan diri sendiri.
  • Harga emas akaun GAP berubah sekali sehari pada setiap jam 12:00 tengah malam.
  • Sendiri letak komitmen untuk pastikan matlamat tercapai. Kalau ‘skip’ belian akaun GAP tidak ada penalti.
  • Boleh buka akaun emas bersama anak-anak (joint account) berusia 18 tahun ke bawah

Cara Buka Akaun GAP Public Gold (Dewasa)

 

 

Mudah untuk difahami, tapi lebih mudah kefahaman jika anda buat pembelian terus.

Begitu lah.

 

Aldasir Rudy M.D

Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *